Teringat zaman belajar dulu, saya memang suka sangat makan tomyam putih ni, tambahan pulak ada satu kedai dekat area saya duduk tomyam putih dia mmg best, sampai abang dekat kedai tu dah tau je menu apa yang saya nk order. Al maklum lah hari-hari kot saya datang order tomyam putih..hehe
Tapi sekarang dah tau macam mana nak buat so masak sendiri je, lagi puas makan.. Ok selamat mencuba :)
Bahan-Bahanya:
A
-2 batang serai (diketuk)
-2 ulas bawang putih(diketuk)
-1 labu bawang merah sedarhana besar(hiris)
-lengkuas(diketuk)
-Halia(diketuk)
B
-udang(belakang badanya dihiris)
-ayam(dihiris dadu)
-sotong
-cili padi(diketuk)
-daun limau purut
-daun ketumbar(letak sedikit sahaja)
-limau nipis(perah airnya)
Cara-caranya:
-Didihkan air terlebih dahulu(air ni boleh letak ikut suka anda), bila air dah menggelegak, boleh masukkan bahan A terlebih dahulu, lebih kurang 4minit. Kemudian boleh masukkan ayam, cili padi, garam, gula, dan perahan limau . 2minit sebelum tutup api, masukkan udang dan sotong supaya rasa manis udang x hilang dan sotong x liat). Selepas tutup api boleh lah masukkan daun limau purut & daun ketumbar. Selamat mencuba :)
1 ulasan:
saya suka tomyam yang satu lagi..tomyam putih ni kurang sikit
Catat Ulasan